Thursday, November 20, 2008

Putaran Roda


Selamat Pagi Semua...
Kehidupan kita memang macam roda. Adakalanya di bawah dan adakalanya di atas.. sama mcm saya sebagai seorang insan biasa dengan kehidupan sederhana putaran roda kehidupan menjadi asam garam kehidupan..
Adakalanya kita berada di atas dan jarang kita rasa akan kehidupan orang di bawah.. Maksudnya berada pada putaran roda di bawah.. mcm saya dahulu hanya insan sekolah biasa ketika FORM 6 biarpun sebelum itu saya berada di sekolah elit. Cacian kepada saya cukup hebat.. namun nilai kesabran cukup memberikan pulangan yang cukup sempurna..
Ketika kita susah kita akan lihat bagaimana rakan sekeliling dan orang sekeliling melayan kita yang bagaimana. adakalnya kita akan rsa rendah diri walaupun sebenarnya rakan kita tidak pun memandang rendah pada kita..Tapi ada juga yang memandang kepada kelemahan itu sebagai satu "stage" yang kita adalah lemah dan boleh dipandang serong.. ye la berkaitan dengan duit n cara kehidupan.. bagaimana sekiranya kita nak keluar berjalan dengan orang yang tidak berduit..tak kan nak support kan... tapi itu lah yang biasa kita lalui..tapi bagi saya semua itu terpulang bagaimana cara kita berhadapan dengan keadaan sedemikian..
Kadangkala sedih juga bila kita berada "di bawah".. seolah Tuhan tidak menurunkan rezeki atau kelebihan pada kita.. Namun JGN LAH kita SECABUL itu... jgn sesekali menyalahkan Tuhan kerana kita berada di bawah... bagi saya semua itu perlu kita fikirkan.. sepatutnya kita lebih banyak bersabar dengan apa yang kita lalui..dan kita imbas kembali..adakah selama ini apa yang telah kita dapat dan kecapi kita pernah bersyukur dengan nikmat tuhan.. Kadangkala memanh bena..Tuhan menduga kita sejauhmana kita mampu bertahan sebagai insan tidak punya apa.. tanpa kuasa. Hanya tuhan dapat membantu..
sekarang..kehidupan agak berubah dan perlu berubah... dari zaman keanak-anakkan saya perlu menempa alam kedewasaan. Demi sebuah kehidupan yang penuh cabaran... pusingan roda kian berganti.. dan saya amat bersyukur kerana ada Tuhan (ALLAH).. kerana keredhaannya kini saya berdiri dengan 2 belah kaki yang masih mampu berjalan, di beri jari untuk terus menulis dan makan dan memegang sesuatu, di berikan mata untuk terus melihat, diberikan telinga untuk terus mendengar dan diberikan segalanya...alhamdulliah...syukur.. kadang kala menitik air mata kerana nikmat ini jarang kita ingat dan syukuri...
kehidupan perlu diteruskan..dan kepada yang lain,, saya sentiasa berdoa agar kita semua hidup bahagia..janganlah kita putus asa.. dan yang mana berada di bawah roda..jangan cepat mengalah kerana apa yang berlaku pasti ada hikmah.. tuhan menyuruh kita bersabar, bertafakur, berfikir dan mencari apa sepatutnya yang terbaik untuk kita. kepada yang sedang menuntut ilmu..hargailah ilmu sebaik mungkin..jadikan ilmu sebagai "penggunaan sepanjang hayat" dan bukan sekadar mendapatkan kelulusan ilmiah dan pekerjaan..
'
saya berterima kasih kepada keluarga tercinta di PERak KU sayang..kepapa Org TErSayang tq sO MUch.. Kakak,abG, adiK angkat time KasEH jua..n All MY frEinds..yooo U all Verry Haven's Freind..ingTlaH Aku SEbagia ASH, ASRap,ASHraf, JOHAR n apa-apa je lah korang ungkapkan... semoga berkekalan kita hendaknya..ok..
untuk pagi ni...inilah PICisan kerana saya ada terbaca pasal ROda Kehidupan nie..
Dan akhirnya sayA terfIKir Untuk mengekSposkan diri Menulis Artikel yang indah ini..hahahhaha
salam... miss u all so much...

Wednesday, November 19, 2008




Kandungan Bahaya Dalam Rokok
Setiap batang rokok yang di nyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimai yang beracun yang membahayakan dan membawa maut. Setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan yang merbahaya adalah TAR, NIKOTIN dan KARBON MONOKSIDA
TAR
Terdapat sekurang-kurannya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti Benzopyrene iaiitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
NIKOTIN
Bahan ini bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan dalam sistem mesolimbik yang menjadi punca utama kepada ketagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan adalah seperti gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya, nokitin juga diklasifikasi sebagai dadah seperti mana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan.Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat etrtekan sekali.
Nikotin juga menjadi punca uatama risiko serangan sakit jantung dan strok. Hampir 1/4 mangsa pesakit jantung berpunca daripada tabiat merokok. Di Malysia sakit jantung merupakan penyebab utama kematian sementara strok merupakan pembunuh ke empat.
KARBON MONOKSIDA
Ia merupakan gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras Karbon monoksida melebihi 60%
Apabila racun rokok ini memasuki tubuh manusia amhupun haiwan, akan membawa kerosakan pada setiap organ disepanjang laluannya. Ia bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghadaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehingglah saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun di kelaurgan dari badan
INFOLINE BERHENTI MEROKOK
03-88834400/ 4401
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Monday, November 17, 2008

Carl Yung -perkembangan / personaliti




Definisi perkembangan sepanjang hayat boleh dikatakan sebagai kehidupan seseorang yang bermula dari sejak lahir sehingga kematiannya. Perkembangan ini meliputi aspek gaya hidup ataupun personaliti. Menurut Carl Jung, perkembangan manusia adalah satu tahap perubahan pada manusia yang dipengaruhi oleh tenaga psikik yang akan membentuk gaya kehidupan personaliti individu itu.


Jung juga memberi pendapat bahawa tenaga psikik yang mempengaruhi perkembangan itu akan mengalir dalam pelbagai arah samada dari alam sedar ke alam tidak sedar atau sebaliknya. Ianya berlaku secara abstrak tetapi nyata di mana ia tidak boleh disentuh tetapi kewujudannya boleh dilihat melalui persepsi, pemikiran, perasaan dan keinginan(Azlina Abu Bakar. 2002). Tenaga psikik yang diketengahkan oleh Jung juga adalah kesan daripada konflik antara desakan yang berlaku di dalam personaliti. Tanpa berlakunya sesuatu konflik maka boleh dikatakan tidak akan wujud tenaga dan kehidupan.


Menyorot sejarah kecemerlangan akademik abad ke-19 Carl Jung merupakan salah seorang anak murid Sigmund Freud yang mana beliau pernah mempelajari ilmu perubatan di Universiti Basel dan beliau pernah bekerja sebagai psikiatrik di Hospital Mental di Zurich. Walaupun pada mulanya beliau bersependapat dengan Freud, akhirnya beliau telah keluar dari pemikiran Freud dimana beliau telah mengetengahkan teori yang lebih mementingkan faktor-faktor internal(dalaman) yang berbeza dengan Freud yang hanya mementingkan luaran semata-mata.(Mahmood Nazar Mohamed. 2001). Pendekatan Jung cukup menjelaskan akan pengaruh persekitaran yang menjadi faktor perkembangan seseorang. Di dalam teori yang dikemukakan oleh Jung, beliau menggariskan perkembangan manusia ini melalui 3 peringkat utama iaitu peringkat zaman kanak-kanak, remaja dan pertengahan umur.



Pada peringkat pertama Jung menjelaskan perkembangan manusia di dahulukan dari kelahiran seseorang. Pada peringkat pertama ini Jung memfokuskan tahap perkembangan bermula dari lahir sehingga tahap akil baligh. Idea Jung menjelaskan bahawa pada tahap ini kanak-kanak belum mempunyai identiti tersendiri. Kanak-kanak lebih meniru ibu bapa mereka. Dalam keadaan ini ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorak personaliti anak-anak. Kanak-kanak akan meniru segala pergerakan ibu bapa mereka untuk mempelajari kan sesuatu benda baru. Hal sedemikian termasuklah percakapan, pergerakan dan lain-lain yang menjadi sumber pembelajaran kanak-kanak. Pada tahap ini ego kanak-kanak masih lagi berkadar primitif memandangkan kanak-kanak masih belum cukup kuasa menguasai persekitaran, yang mana mereka masih mempunyai pergantungan yang besar dengan ibu bapa mereka. Pada tahap ini juga ibu bapa merupakan sumber pergantungan paling besar bagi kanak-kanak untuk mereka mendapatkan belaian kasih sayang dan perhatian.


Namun ego akan berubah melalui peredaran masa dan kanak-kanak sudah mula memahami dunia secara realiti. Ego berkembang apabila pembelajaran telah meresap dalam diri seseorang. Keadaan ego juga akan dipengaruhi oleh pengaruh kuat ibu bapa yang mendidik. Perubahan ego akan terus berlaku apabila kanak-kanak dapat membezakan diri sendiri dan orang lain. Perubahan ego juga dapat dilihat dalam diri kanak-kanak apabila kanak-kanak sudah pandai mengatakan haknya. Situasi ini dapat dilihat apabila kanak-kanak berkelahi dengan kanak-kanak lain dalam mempertahankan barang permainannya sendiri.


Pada tahap ini juga, idea Jung menjelaskan bahawa kanak- kanak sudah mempunyai ciri-ciri tak sedar kolektif yang mana hadirnya tema-tema arkitaip seperti persona. Pada tahap ini idea Jung menjelaskan kanak-kanak sudah pandai cuba menempelak diri sendiri dengan persona atau topeng kehidupan. Kanak-kanak cuba berperwatakan seperti orang lain dan tidak menonjolkan dirinya sendiri. Tahap imiginasi juga sangat tinggi pada tahap ini dan kanak-kanak suka meniru gaya orang lain. Situasi ini dapat dilihat apabila kanak-kanak suka meniru perwatakan yang ditiru
dalam televisyen contohnya watak kartun, penggusti dan lain-lain. Jadi tidak hairanlah sekiranya kita dapat melihat kanak-kanak yang suka bermain dan berimiginasi di dalam kehidupan awalnya.


Namun apabila kanak-kanak sudah mencapai tahap belasan tahun dan secara realitinya meraka akan mengalami akil baligh. Ini juga boleh dipanggil tahap remaja. Pada tahap ini idea Jung menjelaskan bahawa lahirnya tenaga psikik seseorang yang akan mempengaruhi personaliti mereka. Tenaga psikik di sini merangkumi perkembangan tahap pemikiran, perasaan, kederiaan dan gerak hati. Pada zaman ini juga Jung menjelaskan bahawa tahap ini berlakunya tahap kesukaran dalam pengadabtasian kehidupan( Mahmood Nazar Mohd. 2001). Jung juga menjelaskan tahap ini seseorang mengalami krisis identiti yang mana para remaja berhadapan mencari identiti sebenar dan terdedah kepada pengaruh persekitaran yang kuat terhadap identiti mereka. Jadi tidak hairanlah hari ini kita dapat melihat ramai para remaja mudah terpengaruh terhadap sesuatu, Hal ini berikutan perubahan alam akil baligh menyebabkan mereka mengalami satu perubahan kehidupan yakni dari zaman kanak-kanak kepada alam keremajaan yang pastinya berubah dari setiap segi.


Menurut Jung lagi, pada zaman remaja ini akan berlakunya perubahan fisiologi secara total yang mana remaja mengalami perubahan fizikal, bersuara garau bagi lelaki dan sebagainya. Selain itu pada tahap ini juga akan berlakunya perubahan kendiri para remaja. Remaja akan cenderung kepada perasaan cinta yang sangat kuat. Pada tahap inilah psikoseksual memainkan peranan penting dalam pengawalan cinta berahi seseorang( Ab. Aziz Mohd Zin.1999). Remaja akan terdedah kepada alam kebahagiaan rasa cinta dan ingin dicintai. Menurut Jung lagi pada tahap ini akan berakhirnya fantasi kanak-kanak. Remaja akan berhadapan kehidupan realiti dan remaja kena banyak membuat keputusan sendiri.




Jung juga memberi pendapat bahawa pada zaman remaja lebih tertumpu kepada kefungsian psikologikal ekstravensi, yang mana pada tahap ini remaja suka bertingkahlaku secara emosional dan sensitif. Pada tahap “darah muda” ini remaja sukar untuk ditegur dan merasakan dirinya sentiasa berada pada landasan yang benar. Di dalam pemikiran juga Jung menjelaskan pada tahap ini remaja suka lebih berfikiran logik dan objektif. Selain itu pada tahap remaja ini sifat ingin tahu (inkuiri) menebal dalam diri mereka. Mereka cuba sebaik mungkin mengenali perkara-perkara baru dan pelik terutama perkara yang diluar dari ruang lingkup kehidupan seharian, budaya dan lain-lain lagi.


Di dalam aspek kederiaan pula Jung menjelaskan pada zaman remaja ini mereka akan lebih bersifat ‘out going’ dan sering mencari keseronokan luar. Remaja akan lebih meminati hiburan dan tidak suka dikongkong serta sukar mengikut perintah. Pada zaman remaja inilah remaja akan sebaik mungkin menonjolkan sifat dalam dirinya. Remaja akan lebih bersifat kreatif, bermotivasi dan sering mengambil peluang yang ada di hadapannya. Hal sedemikian dilakukan semata-mata remaja ingin menempatkan diri mereka dalam masyarakat. Remaja cuba menjadikan dirinya terbaik agar masyarakat memandang mereka. Perilaku demikian sebagai titik tolak untuk remaja ‘survive’ akan kehidupan yang lebih mencabar. Pada zaman ini remaja suka diambil perhatian orang.


Tidak hairan pada tahap ini remaja lelaki suka menunujuk lagak pada remaja perempuan dan begitu sebaliknya semata-mata ingin menempatkan diri mereka kepada orang lain. Jung turut menjelaskan bahawa pada tahap inilah segala personaliti seseorang akan terbentuk melalui faktor persekitaran. Jika pada tahap ini seseorang itu tidak dipantau secara berkesan akan melahirkan remaja yang mungkin tersasar jauh dari realiti kehidupan sebenar. Tahap perkembangan seterusnya yang diutarakan oleh Jung ialah tahap dewasa lingkungan umur 35 hingga 40 tahun. Pada tahap ini Jung menjelaskan zaman perubahan alam keremajaan ke alam kedewasaan. Walaupun perkembangan fizikal sudah mula merosot namun perubahan psikologikal terus berlaku. Menurut Jung pada tahap ini seseorang akan mengalami pembentukan personaliti secara total dan masalah krisis kemerajaan sudah berakhir.

Jika dilihat pada keadaan ini kebanyakan individu itu sudah bekerjaya dan melalui alam rumah tangga. Walaupun krisis keremajaan sudah berakhir namun seseorang itu tidak akan terlepas dari krisis pertengahan umur. Pada zaman ini seseorang akan merasakan dirinya kurang bertenaga dan sering merasakan kekosongan dalam hidupnya. Pada zaman ini ada juga individu cuba mempersoalkan kehidupannya dan mempersoalkan mengapa sesuatu itu berlaku. “ Why it happen” seolah-olah individu masih belum memperoleh sesuatu dan memahami dunia sebenar ( Josh R. Gerow. 1992). Begitulah krisis yang sering berlaku pada zaman pertengahan umur ini.


Menurut Jung lagi pada zaman ini, individu banyak memfokuskan kehidupan spiritual dan lebih bersifat materealistik. Pada zaman inilah kebanyakan individu berhumpas pulas membina keseimbangan empayar hidupnya dengan lebih mencari kekayaan dan kesenangan hidup. Apabila berada pada alam kerjaya dan berkeluarga sudah pasti sedikit sebanyak mengubah cara bentuk kehidupan seseorang individu itu. Seseorang bapa itu akan lebih bersifat autoriti dan bersifat memerintah terhadap keluarganya. Bagi si ibu pula sifat keibuan semakin meninggkat dan berusaha mencari kebahagian keluarganya.


Selain itu, Jung juga memperjelaskan akan perubahan kefungsian psikologikal seseorang. Pada zaman ini seseorang individu itu akan mengalami tumpuan introvensi pada dirinya. Di dalam pemikiran, kebiasaannya golongan pada zaman ini akan lebih mementingkan kerja daripada sosial. Separuh kehidupan sehariannya diperhambakan untuk mencari rezeki dan akan berkurangnya sifat sosial dalam diri. Pada zaman ini individu tidak lagi mencari keseronokan seperti zaman remaja. Fokus kehidupan lebih kepada kerjaya dan keluarga. Dalam perspektif perasaan pula, Jung menjelaskan kebanyakan individu pada alam ini lebih memendam sikap yang sebenarnya dan lebih bersikap pasif terhadap sifat dalam dirinya.




Jung juga menambah bahawa pada alam ini individu sukar dihampiri dan sukar diluahkankan perasaan padanya tidak seperti zaman remaja yang lebih fleksibel dan bersifat keterbukaan. Individu hanya boleh diajak berdiskusi dan berkongsi masalah pada aspek-aspek tertentu seperti masalah kerja dan keluarga. Pada alam ini juga Jung menjelaskan bahawa gerakhati seseorang lebih cenderung ke alam fantasi dan berkhayal. Mungkin khayalan fokus kepada sesuatu yang masih belum dimiliki dan diidamkan. Tidak hairan jika kita lihat pada zaman ini ada lelaki yang mengimpikan untuk beristeri lebih dari satu dan mengimpikan hidup kaya raya. Khayalannya lebih bersifat serius tidak seperti impian pada zaman remaja yang lebih menjurus kepada keseronokan.


Begitulah diantara idea Carl Jung dalam memeperkatan aspek perkembangan manusia. Jung cuba menerangkan dari mula kelahiran sehinggalah pada zaman pertengahan umur. Namun idea Jung bukan sekadar itu. Idea Jung menjangkaui kehidupan manusia secara menyeluruh. Jung juga mengenengahkan pendapatnya pada ideanya “ individuation”. Beliau mengenengahkan pendapat perkembangan manusia pada usia selepas 40 tahun yang mana individu akan memfokuskan kepada pencapaian menjadi individu tersendiri secara total dan bersepadu. Selain itu individu itu juga cuba mengasimilasikan keadaan tak sedar dan menyeimbangkan dengan keadaan sedar untuk capai keseimbangan diri. Cuba memotivasikan diri kearah kehidupan yang lebih bermakna.


Jung juga menjelaskan kondisi diri seseorang individu itu pada mula stabil yang mana individu akan mula mengenali kendiri sebenar dan menerima keadaan mereka berada pada pada zaman “dark side”. Kesedaran sedemikian membolehkan personaliti mendapatkan dimensi yang lebih luas dan mendalam. Kadar pencarian materialistik akan makin berkurang dan individu akan lebih bersikap spiritual. Masa tuanya akan digunakan sebaik mungkin dalam menikmati kehidupan sebaiknya. Setiap aspek kehidupan yang di cernakan adalah dalam keadaan harmoni.


Dalam perspektif perkembangan idea Jung yang lain, beliau juga menjelaskan bahawa kepentingan peranan persekitaran banyak memepengaruhi personaliti seseorang. Di dalam teori yang diketengahkan oleh Jung manusia akan berhadapan dengan situasi “ tak sedar kolektif” yang mana keadaan ini membuatkan manusia bertingkahlaku bukan dalam keadaan realiti tetapi keadaan arkataip. Manusia sering berada dalam keadaan ini semata-mata untuk kepentingan diri seperti mendapatkan perhatian orang lain atau meletakkan dirinya di mata masyarakat. Persona merupakan salah satu arkitaib yang sering diwayangkan oleh manusia. Sifat persona merupakan sifat ketopengan atau kepura-puraan dalam diri semata-mata mengelak akan sesuatu atau mendapatkan sesuatu. Sifat persona ini biasanya bukan mencerminkan dirinya tetapi paksaan keatas dirinya dalam melakukan sesuatu perkara.kebiasaannya sifat sedemikian lebih berbaur penipuan dalam diri, hipokrit dan lakunan semata.


Perilaku sedemikian adalah semata-mata memuaskan diri dan cuba mengelak sesuatu yang bukan atas dasar keikhlasan hatinya. Tidak hairan kita boleh lihat manusia yang suka berpura-pura baik dalam keadaan sama dia berkelakuan buruk. Persona ada pada setiap manusia dan kemuncak persona pada pendapat Jung adalah pada zaman remaja dan meningkat dewasa kerana ketika itu manusia akan menggunakan sebaik mungkin dirinya untuk penerimaan masyarakat.


Selain itu didalam kehidupan atau perkembangan manusia ini Jung menjelaskan bahawa setiap manusia tidak lepas dari “ anima dan animus”. Anima dan animus merupakan satu sifat yang bercirikan sifat keperempuanan dan kelakian didalam setiap diri manusia. Sifat-sifat ini akan mengimbangi diri seseorang bagi mencapai kesempurnaa. Didalam diri lelaki ada sifat animus sebagai sifat dominan, tetapi kehadiran anima sebagai agen sifat keperempuanan yang akan mengimbangi sifat animus yang lebih kasar. Kehadiran anima ini akan menggerakkan sifat kasih sayang, cinta, belas kasihan dan lain-lain bagi seorang lelaki. Begitu juga dengan perempuan kehadiran animus membantu mereka dari terus lemah dan menjadikan mereka lebih tegas, berani dan lain-lain dalam diri mereka. Keseimbangan kedua-dua sifat ini akan melahirkan insan yang ideal dan mampu mengimbangi kehidupan dengan baik..
Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan idea Jung tentang perkembangan manusia amat bertepatan sekali. Perkembangan manusia dirungkaikan dengan permulaan kelahiran, akil baligh (keremajaan), kedewasaan dan seterusnya. Pendekatan yang diketengahkan oleh Jung cukup menjelaskan perlunya pengawalan elemen persekitaran dan juga asuhan ibu bapa kepada anak mereka dalam membentuk anak-anak yang terbaik. Pendekatan ekstravensi dan intervensi Jung merupakan satu indikator yang berbeza dengan idea Psikologis yang lain. Selain itu idea Jung terhadap persona dan anima animus banyak memberi gambaran akan kehidupan manusia sebenar. Pandangan Jung terhadap manusia mencakupi pengaruh pengalaman sekarang dan juga harapan serta jangkaan. Begitulah yang berlaku kepada manusia. Pendekatan idea Jung ini juga cukup menjelaskan personaliti seseorang mengikut perbezaan pengaruh yang berbeza-beza. Faktor psikologikal memainkan peranan yang sangat besar dalam pembentukan perkembangan dan personaliti seseorang.



Skizofrenia bukan literasi "gila"



"gila" sering kita dengar dari mulut masyarkat kita. "orang Gila" menjadi kebiasaan masyarakat menggelarkan invidu yang berkelakuan aneh dan menyimpang daripada kebiasaan. Namun hakikatnya adalah tidah wajar menyetakan mereka "gila" seolah-olah tiada perkataan yang lebih berlapik dan manis untuk golongan ini. Tahukan anda yang meraka menghidapi penyakit yang bukan atas kehendaknya. Seperti biasa mereka juga tidak mahukan yang mereka menghidapi penyakit tersebut. "skizofrenia" adalah nama sesuai kepada penyakit tersebut. Apakah sebanrnya skizofrenia?


Skizofrenia merupakan masalah psikiatri utama, dengan prevalen 3 kepada 1000 orang di amerika.ia mempengaruhi orang secara berbeza-beza. Skizofrenia adalah penyakit kronik, teruk dan merupakan masalah kegagalan fungsi otak. Pesakit-pesakit skizofrenia biasanya mendengar suara yang tidak didengari oleh orang lain atau mempercayai orang lain sedang membaca fikiran mereka,menguasai pemikiran mereka, mahupun cuba mencederakan mereka.Keadaan ini biasanya menimbulkan ketakutan kepada pesakit.Mereka yang menghidapi skizofrenia selalunya berkata-kata perkara yang tidak masuk akal, duduk tanpa bercakap atau terlalu banyak cakap selama berjam-jam, atau kelihatan baik sehinggalah memperkatakan apa yang mereka fikirkan.
Simptom-simptom
Simptom-simptom skizofrenia terbahagi kepada tiga kategori:
1. Simptom positif merupakan pemikiran yang luar biasa seperti halusasi,delusi(ketidakpercayaan pada diri sendiri),masalah pemikiran, dan masalah pergerakan. Simptom positif merupakan skizofrenia akut.
2.Simptom negatif merupakan kehilangan atau kekurangan keupayaan untuk merancang, bercakap, menzahirkan emosi, atau mencari keseronokan diri dalam kehidupan seharian.Simptom ini sukar untuk dikesan sebagai salah satu masalah skizofrenia dan boleh disalah tafsir sebagai kemalasan atau kemurungan.Sindrom negatif pula merupakan sindrom kronik skizofrenia.
3.Simptom kognitif merupakan masalah dalam memberi perhatian terhadap sesuatu, memori, dan dalam merancang. Simptom ini juga sukar dikesan sebagai salah satu masalah skizofrenia tetapi adalah masalah yang sangat mengganggu kehidupan normal.
Simptom positif
1 Keletihan, bising, kelakuan yang tidak rasional
2 Perubahan emosi tiba-tiba
3 Emosi yang tidak bersesuaian
4 Masalah berfikir
5Perasaan dikuasai oleh kuasa luar
6 Delusi
7 Halusinasi[1]
Halusinasi adalah sesuatu yang dapat dilihat,dirasa, dibau atau didengar oleh seseorang tetapi tidak dapat didengar,dilihat, atau dirasa oleh orang lain.'Suara' adalah jenis halunisasi yang utama.Suara ini antaranya memberi komen terhadap perilaku mereka, mengarahkan mereka untuk melakukan sesuatu, amaran mengenai bahaya terhadap mereka, atau suara yang bercakap antara suara yang lain mengenai pesakit itu sendiri. Atau antara yang lain, melihat objek yang tidak dapat dilihat orang lain, bau yang tidak dikesan orang lain, serta sesuatu yang menyentuh mereka tanpa orang disekeliling mereka.
8. Paranoia( sentiasa berasa curiga )
Simptom negatif
1.Ekspresi wajah yang tidak berubah, intonasi suara yang sekata(monotonus)
2.Kurang keseronokan dalam kehidupan seharian
3.Kurang kebolehan untuk memulakan dan mengekalkan perancangan aktiviti
4.Kurang bercakap, walaupun dipaksa untuk bercakap
5.Tidak mementingkan diri sendiri
Simptom kognitif
1. Ketidakupayaan untuk menerima atau mentaksir informasi atau membuat keputusan
2. Ketidakupayaan untuk fokus
3. Ketidakupayaan untuk mengekalkan informasi yang dipelajari dan menggunakan informasi tersebut secara serta merta
Penyebab
Seperti kebanyakkan penyakit-penyakit yang lain, skizofrenia dipercayai disebabkan oleh kombinasi persekitaran dan masalah genetik. Antara penyebabnya:
Diwarisi
Berlaku dalam 1 peratus dalam populasi tetapi 10 peratus dalam hubungan famili kelas pertama( ibu bapa, abang, kakak atau adik-beradik). Hubungan famili kelas kedua juga memberi kesan kepada penyakit ini.Kembar seiras mempunyai peluang yang lebih tinggi iaitu sebanyak 40-65 peratus untuk mendapat skizofrenia.
Masalah kimia otak
Ketidakseimbangan kimia otak iaitu dopamin dan glutamat( atau yang lain-lain )juga memainkan peranan dalam membentuk skizofrenia.

Mereka yang menghidapi skizofrenia mempunyai otak yang sedikit berbeza daripada manusia biasa.Kadang-kala ventrikel otak orang yang menghidap skizofrenia adalah lebih besar.'Gray matter' otak orang yang menghidap skizofrenia adalah lebih rendah, dan sebahagian aktiviti metabolisma otak adalah kurang atau lebih.
Antara sebab lain:
Dadah(Kanabis, atau kokain)
Masalah saraf otak
Rawatan Dan Kesan Sampingan
Terdapat dua jenis rawatan bagi pesakit-pesakit skizofrenia,iaitu:
Rawatan perubatan
Terapi
Rawatan Perubatan
Kebanyakan pesakit-pesakit skizofrenia diberikan ubat untuk mengurangkan simptom-simptom positif tetapi bukan memyembuhkan penyakit ini. Ubatan yang digunakan terbahagi kepada dua iaitu antipsikotik atau neuroleptik. Respon terhadap setiap ubatan adalah berbeza untuk setiap oarang. Jadi adalah penting untuk doktor dan pesakit bekerjasama dalam menentukan ubatan yang sesuai untuk mengawal simptom dan mengurangkan kesan sampingan.
Agen Antipsikotik terawal:
Chlorpromazine
Haloperidol
Perphenazine
Fluphenazine
Kesan Sampingan- Kekejangan otot, keletihan
Agen Antipsikotik Atipikal:
Clozapine
Kesan sampingan- Kehilangan sel darah merah
Ubatan Antipsikotik yang lain selepas Clozapine:
Risperidone
Olanzapine
Quetiapine
Sertindole
Ziprasidone
Kesan sampingan- penambahan berat badan, perubahan metabolik dengan risiko diabetes melitus,diabetes insipidus , dan peningkatan kolesterol
Terapi
Kaunseling
Terapi Psikologi
Terapi Sikap
Terapi Pemulihan
Pendidikan keluarga
Pendidikan Kendiri
Komplikasi
Komplikasi utama adalah kepada kualiti kehidupan:
Masalah fungsi sosial
Bunuh diri
Mencederakan diri sendiri
Kurang kebolehan kerja
maka daripada itu, fahamilah mereka.. kerana meraka jua insan biasa seperti kita.cuma mereka kurang bernasib baik.. andai anda menjadi skizofrenia.. betapa anda rasa betapa berat beban menanggung..
maka kita ubah persepsi bina motivasi
mencari sedikit kemuliaan dengan memahami dan memberikan sokongan kepada meraka.
sekian...
salam.. E-ja08

apa itu aids n hiv


Apa itu HIV
Sejenis virus yang menyerang sistem ketahanan badan manusia sehingga ia tidak berupaya melawan serangan penyakit. Orang yang berjangkit HIV dipanggil " pembawa HIV" selalunya kelihatan normal dan tidak sedar telah dijangkiti virus ini. Ini adalah kerana virus ini mungkin memerlukan beberapa tahun untuk melumpuhkan sistem ketahanan seseorang.

Apakah itu AIDS
Aids adalah peringkat akhir jangkitan HIV bilamana ketahanan badan telah lumpuh dan seseorang itu diserang penyakit-penyakit serta barah tertentu seperti:
* hilang berat badan melebihi 10%
* cirit birit berpanjangan
* jangkitan paru2 Pneumocytis Carinii
* jangkitan paru-paru, otak dan retina
* tibi
* jangkitan fungus seperti Candida dan Histoplasma
* jangkitan Herpes Simplex han Herpes Zoster (kayap)
* jangkitan Protozoa

bagaimana HIV boleh dijangkiti

tiga cara uatama HIV menjangkiti manusia:

1. hubungan seks dengan orang yang dijangkiti HIV

2. perpindahan darah yang dijangkiti melalui transfusi darah yang dicemari virus ini

3. dari ibu yang dijangkiti HIV kepada kandungannya sebelum dan semasa bersalin serta melalui penyusuan badan






genggam kenangan sebuah persahabatan




macam semalam aku baru habis kuliah..heheheheh.. baru habis makan kat husain tempat "kegemaran Mahasiswa" ukm.. semua cukup menggambarkan betapa aku masih kenangkan suasana kedamaian dan keindahan pusat pengajian tinggi awam katanya...
kepada rakan2 terutamanya psikologi studen..jgn lupa rakan2 yang lain dan sentiasalah doakan kesejahteraan dan kecemerlangan dalam hidup. mana-mana yang akan khawin selamat menuju kejinjang pelamin dan alam keluarga..eeee tak sangka korang dah nak kawin.. time belaja dulu tak matang pun.. hahahahah
apa pun thanks sebab bagi pengalaman kat semua orang kepada sebuah erti persahabatan.. mana2 ada yang tak puas hati kita jumpa di syurga yek..
hahahahah
dan aku ucpkan juga semoga persahabatan akan terus kekal hingga ke akhir hayat..
jika ada antara kita telah pun pergi dahulu..jangan lupa sedekahkan alfatihah tanda nilai persahabatan di bawa sampai akhirat...
dan rakan2 yang lain dari kerismas..zaaba..kolej2 lain..fssk..fst..fpend n lain2...semoga sukses selalu...sukses3...

Sunday, November 16, 2008

Big Five Personality Dimension


recent research in personality traith theory suggest that form all the traits that have been proposed, five emerge most regulary, although there is as yet no agreement on what to call these dimensions. one position call thems:
1. extrovension/ introvensions
2. agreeableness or friendliness
3. will or conscienntiousness
4. stability or instibility
5. intelligence

berhentilah merokok


10 tips berhenti merokok:
1. melengah-lengahkan penganmbilan
2. minum banyak air
3. menarik nafas panjang
4. membuat sesuatu agar fikiran dapat dialihkan
5. menjauhkan diri daripada perokok lain
6. mengunyah sesuatu
7. membasuh tangan
8. mandi dengan kerap
9. melakukan senaman regangan
10. memohon doa kepada yang esa

tak nak merokok

hubungi kami untuk berhenti merokok..

talian 03-8883 4400

Saturday, November 1, 2008

andai kau bawa ku terbang

andai anda sayap di kalangan iman
sudah pasti tak akan tanggal rasa keraguan
bersama keangkuhan semalam
kini di sisip dengan doa keampunan

andai malam kian berganti siang
begitu jua hati kita bergelombang
seperti alunan bayu bersama panas sahara
biar dititip indah dalam kegersangan

andai kau bawa ku terbang
sudah pasti syurga hadiah idaman
bersama menyelesuri erti kebebasan
dalam sulaman sebuah kemerdekaan

bawalah daku
terbang dari kesilapan lalu
kepada sirna kegemilangan dan keredhaan

Thursday, August 28, 2008

Salam perkenalan. Semoga kalian sihat semuanya. Bagaimana keadaan hari ini. Sihat sejahtera hendaknya. Terima kasih kerana sudi singgah walaupun tak masuk kedalam blog ini. heheheh. untuk permulaan saya cuba untuk membawa satu pendekatan kepada pengenalan diri yang cukup mudah. Kali ini saya merupakan berjuta blogger yang baru menceburkan diri dan terjun ke arena penulisan media elektronik ini. Garapan saya cukup mudah adalah berkongsi idea berkaitan dengan sistem kemasyarakatan kita yang kita pandang remeh namun hakikatnya ia cukup bermakna. salam...